penilaian buku teks

1. Isi kandungan - telah digubal bersesuaian dengan DSKP

2. Bahasa - mestilah logik, mempunyai sifat komunikatif, interaktif

3. Paparan/Penyajian - mestilah sistematik, bermula dengan pendahuluan

4. Grafik - mampu meningkatkan minat pelajar terhadap isi kandungan



Analisis buku teks

Komponen Isi Kandungan

1. Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran ( DSKP ).

2. Kandungan buku mampu memberikan kefahaman kepada pelajar

3. KOnsep dan definisi yang digunakan dalam buku teks bersesuaian dengan isi kandungan.

4. Pernyataan yang diberikan ditambah dengan contoh serta fakta berkaitan.

5. Maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain.


Komponen Kesesuaian Bahasa

1. Setiap unit pelajaran disusun dengan teratur mengikut tema yng telah ditetapkan.

2. Ayat yang digunakan mudah dan difahami oleh pelajar.

3. Bahasa yang sesuai digunakan berdasarkan intelektual pelajar mampu meningkatkan perkembangan kognitif dan memahami topik yang dipelajari.



Komponen Paparan/Penyajian

1. Setiap bab pembelajaran dipaparkan secara konsisten dan sistem pernomboran yang sistematik.

2. Setiap permulaan bab dimulakan dengan definisi atau maksud serta penjelasannya.


Komponen Grafik

1. Bahan yang disusun daripada mudah kepada yang lebih sukar.

2. Dengan adanya ilustrasi dalam buku teks dapat menghiasi bahan teks dengan gambaran visual yang menarik.


Penutup

Berdasarkan penilaian yang dibuat berkaitan buku teks, aspek seperti isi kandungan, bahasa, paparan dan grafik dalam sesebuah buku memainkan peranan penting dalam menghasilkan sajian ilmu, komponen pendidikan serta aktiviti yang dapat memenuhi kriteria sesebuah buku teks.




Comments